Get $25 free
loading...

VIDEO: Astro Terduduk Diam Lepas Dengar Keputusan Terakhir DATO VIDA Dalam GEGAR VAGANZA.!!



USAHAWAN produk kecantikan dan kesihatan, Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengakui berasa bosan dengan tindakan Astro yang tidak mahu memberikannya mikrofon dalam program tajaannya iaitu Gegarvaganza musim ketiga (GV3).
Bagi yang melihat konsert pengenalan GV3 Ahad lalu, pasti perasan kelibat Vida yang sentiasa berebutkan mikrofon daripada krew produksi selain daripada pasangan hos GV3, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
Mengulas mengenai hal itu, Vida berkata, Saya rasa sudah bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon. Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga sama.
Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit saja, bukannya lama.
“Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen terbabit,” katanya dipetik Berita Harian.
Selain Qu Puteh, GV3 kali ini turut ditaja syarikat besar lain seperti KFC, Digi dan Adabi.
loading...



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...