Get $25 free
loading...

'Kerana Sekeping Kertas, Lelaki Berpewatakan Lemah Lembut Menjadi Pembunuh. Gagal Kahwin Kali Ke2...'




'Kerana Sekeping Kertas, Lelaki Berpewatakan Lemah Lembut Menjadi Pembunuh. Gagal Kahwin Kali Ke2...'
Bakal berkahwin dengan seorang gadis cantik dari Kuala Terengganuu yang berusia 27 tahun. Namun, dek kerana sehelai kertas, segalanya musnah dalam sekelip mata. Hafiz dikenali di kampung sebagai seorang yang lemah lembut dan rajin membantu dalam apa jua keadaan sekalipun...


SURAT NIKAH HAFIZ

Kuala Terengganu: Status lelaki bernama Hafiz atau nama kampungya Awang yang mahu dikahwininya terbongkar pagi tadi apabila semakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mendapati lelaki itu sudah berkahwin, namun episod pilunya tidak berakhir di situ.

surat nikah hafiz suspek bunuh

Abangnya ditikam lelaki terbabit sehingga mati di kawasan parkir di Kompleks Seri Iman, di sini sejurus membuat semakan itu dan kira-kira 7.30 malam tadi, dia melihat jenazah abangnya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.


Azlina Husin, 27 tidak dapat menahan sebak sebaik dibenarkan melihat jenazah abangnya, Muhamad Shukri Husin, 34 yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Menurut Azlina, dia tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abangnya.

“Sebelum ini, dia kelihatan tenang apabila saya mahu hubungan kami ditamatkan sebaik status perkahwinannya terjawab.

“Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu,” katanya.

Azlina dilihat menangis sambil ditenteramkan ahli keluarganya sebelum jenazah abangnya dibawa dengan van jenazah untuk dikebumikan di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan.

Van jenazah beredar dari pekarangan Unit Forensik HSNZ kira-kira 7.40 malam.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan sebaik tiba di kampung halaman isterinya yang kini sedang hamil anak sulung mereka.
Sumber: alkisahmaya




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...