Get $25 free
loading...

PUNCA SEBENAR Fara Fauzana batal pernikahan



FARA FAUZANA BATAL PERNIKAHAN


BEKAS penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana,36 yang sebelum ini membuat pengumuman akan berkahwin pada 17 September ini secara tiba-tiba membatalkan pernikahan dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz itu.
Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil sendiri membuat kenyataan media memaklumkan hal tersebut dan menjelaskan hubungan yang tidak menjadi itu disebabkan masalah peribadi.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.
“Keputusan untuk membatalkan rancangan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi.
“Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil,” ujar Fara.
Perbincangan tentang pembatalan majlis telah dilakukan oleh kedua-dua belah keluarga. Fara juga meminta agar tiada lagi persoalan lanjut diajukan dan dia mahu mengambil masa untuk tempoh bertenang.
“Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut.
Fara Fauzana sebelum ini telah mengadakan sidang majlis pada 1 Ogos lalu bagi mengumumkan dia akan bernikah.
cakap2 oorg tg batal ni

















lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...