Get $25 free
loading...

Menyentuh Hati !! Cerita Sebenar Kanak - kanak yang Pulang Bersendirian Menaiki Bas Dari KL - Tanah Merah.. Amat Mengejutkan !!


Menyentuh Hati !! Cerita Sebenar Kanak - kanak yang Pulang Bersendirian Menaiki Bas Dari KL - Tanah Merah.. Amat Mengejutkan !!


Menyentuh Hati !! Cerita Sebenar Kanak - kanak yang Pulang Bersendirian Menaiki Bas Dari KL - Tanah Merah.. Amat Mengejutkan !!




Kisah Kanak2 Ini Yang Pulang Bersendirian Menaiki Bas Bakal Meninggalkan Kesan Mendalam Kepada Anda


Usop, seorg kanak2 yg dihantar oleh neneknya ke stesen bas hentian Putra, utk kembali kpd ibu bapanya yg tinggal di Kelantan.

Setelah bas bergerak tidak jauh dari hentian Putra, usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas.

”Abg, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye”,
”ye” jawab pemandu bas.

Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu bas lagi dan berkata
” abg, dah sampai Tanah Merah ke?”,
”belum, xpe duduk dulu, nanti abang bagitau”.

Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi,
”abg, dah sampai belum?”,
”tak lagi dik”.

Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya ”dah sampai ke bang?”,
”belum dik, jauh lagi” jawab pemandu bas dengan nada yang agak geram.

Kemudian Usop datang lagi dan bertanya
” sampai tak lagi bang?”,
”aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!”.

Usop pun kembali semula ke kerusinya.

Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.

Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Tanah Merah.

Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya.





Semua orang merasa kasihan dengan Usop. Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau terus ke Kota Bharu.

Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.

Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati,
” dik, dah sampai dah Tanah Merah”,
”oh, ye ke? Terima kasih bang”

kemudian Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.

Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya,
”adik tak nak turun ke?”,
”tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak”.

Sekian..

Previous
Next Post »
loading...