Get $25 free
loading...

Baim Wong Nikah Fathia Latiff Tahun Depan


WOW....biar betul ni.....boyfren malaysia dia tahu tak ni....wah wah wah.....untung la cantikkk...


 


Kalau anda ikut perkembangan dunia hiburan Indonesia melalui media dan tabloid mereka, memang dahsyat gosip selebriti dan artis yang dilemparkan saban hari. Kita yang di sini kena usik dengan kontroversi sikit sudah tidak keruan, heh.
Terbaru, sebuah penerbitan ternama di Indonesia milik MNC Media, Okezone telah memetik kata kata Baim Wong yang mendak beliau bakal bernikah dengan gadis pilihan beliau sekitar tahun hadapan selain memohon doa peminat.

Artikel yang dikeluarkan pada Februari lalu itu turut memuatkan sekeping gambar Baim Wong bersama pelakon Malaysia, Fathia Latiff yang didakwa media tersebut sebagai bakal isteri Baim Wong — gambar itu juga didakwa diberi sendiri oleh Baim Wong.
Peminat di Malaysia sebenarnya sedia maklum yang Baim Wong kini sedang menjalani penggambaran drama di bawah arahan Erma Fatima bersama sama Fathia Latiff, Nora Danish dan beberapa orang pelakon lagi.
Gambar yang ditunjukkan di atas pastinya salah satu adegan dalam drama tersebut dan senang sahaja disalah erti oleh media di Indonesia. Baim Wong sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan Elfira Loy dan hubungan mereka sehingga kini masih belum jelas statusnya. (rtky/m)

sumber
Previous
Next Post »
loading...