Get $25 free
loading...

BERITA PANAS TERKINIPENGAKUAN BERANI MATI AISYAH AZIZ MENGENAI AIZAT MENGEJUTKAN RAMAI

Aisyah-Aziz-Aizat.jpg
Selepas terdahulu Aizat Tempis Jalin Hubungan Istimewa Dengan Aisyah Aziz! kini giliran Aisyah Aziz pula tampil beri kenyataan berhubung isu itu. Menurut Aisyah Aziz, beliau akui kini sedang menjalin hubungan dengan Aizat namun sebagai seorang kawan baik.
Bagaimanapun menurut Aisyah Aziz, dia tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan bersama satu hari nanti.
Screenshot_4.png
Terus-terang, kami hanya berkawan baik dan keakraban kami tercetus sejak kami bekerjasama iaitu ketika dia menghasilkan lagu buat saya berjudul Pilihan Sejati.
Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, kami hanyalah sekadar kawan semata-mata, namun saya tidak berani cakap apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jodoh itu kita tidak akan tahu sekarang, kata Aisyah Aziz.
Menurut Aisyah Aziz, dia selesa dan seronok berkawan dengan Aizat walaupun mempunyai citarasa muzik yang berbeza dengan dirinya.
Saya akui dia antara kawan lelaki yang agak rapat juga kerana kami senang berbincang dan bercakap mengenai muzik walaupun citarasa muziknya dengan saya tidak sama.
Interesting, sebab saya banyak belajar dan dengar muzik baru dari dia. Secara tidak langsung, membuka minda saya denganlebih luas dalam bidang ini.
Lagipun saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang tenang dan pendengar masalah yang baik, ceritanya lagi.
Sementara itu, Aisyah Aziz dalam perkembangan terkini bakal muncul dalam single terbaru Mac nanti.
Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua di tangan Allah. Ada jodoh tak kemana. Hiks!
Credit To:Babab.net
Previous
Next Post »
loading...