Get $25 free
loading...

AKHIRNYA MURTAZA TERIMA HADIAH JERSI DARIPADA MESSI

AKHIRNYA, KANAK-KANAK LELAKI AGHANISTAN YANG MEMAKAI BAJU BEG PLASTIK ALA-ALA LIONEL MESSI, BERJAYA MEMILIKI JERSI ASAL YANG DIHADIAHKAN OLEH BINTANG BOLA SEPAK ARGENTINA ITU SENDIRI.

Memetik laporan CNN, Murtaza Ahmadi yang menjadi popular apabila rakaman gambarnya memakai jersi Argentina buatan beg plastik viral di media sosial, telah menerima dua pasang jersi eksklusif dan bola sepak yang ditandatangani oleh Messi.
Laporan agensi berita asing itu menyebut Murtaza menerima hadiah berkenaan yang diserahkan oleh petugas UNICEF kepada bapanya,Arif Ahmadi.
Menurut Arif, itu adalah saat paling bahagia untuk anaknya.
messi2
messi5
messi4
messi3
Murtaza bagaimanapun sedih kerana Messi sendiri tidak boleh hadir ke majlis penyerahan jersi tersebut.
Kanak-kanak itu begitu seronok apabila memakai jersi bernombor 10 berkenaan dan hanya bermain bola sepak sejak hadiah tersebut tiba.
Murtaza berasal dari wilayah Ghazni dan dikatakan peminat Messi yang paling tegar.
Pada bulan lepas, Murtaza menjadi popular di seluruh dunia apabila rakaman gambarnya bermain bola sepak disebar di internet khususnya laman sosial.
messi7
Murtaza Ahmadi ketika mengenakan baju buat sendiri Argentina.

KAITAN:TAK MAMPU BELI, BAPA REKA JERSI MESSI DARI BEG PLASTIK

JUGA:ADIK MESSI INI AKAN MENEMUI IDOLANYA TIDAK LAMA LAGI

Abangnya, Homayoun adalah orang yang menghasilkan jersi plastik itu untuk adiknya dan juga dialah yang memuatnaik gambar Murtaza.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: CNN
Komen 
Sumber: mynewshub
Previous
Next Post »
loading...