Get $25 free
loading...

PENYINGKIRAN MUKHRIZ JADI KENYATAAN! KEDAH BAKAL DAPAT MB BAHARU RABU INI

Kedah Bakal Dapat MB Baharu.png
Penyingkiran Mukhriz Jadi Kenyataan! Kedah Bakal Dapat MB Baharu Rabu Ini
Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dijangka berakhir.
Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.
Pengkritiknya yakin bahawa jika langkah mereka untuk menggulingkan Mukhriz berjalan mengikut perancangan, Kedah akan mendapat menteri besar baharu hari ini.
Kumpulan yang memulakan pemberontakan terhadap Mukhriz, diketuai Timbalan Ketua Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berjaya mendapat sokongan daripada majoriti wakil rakyat Barisan Nasional di negeri itu.
“Sehingga lewat petang ini, 19 wakil rakyat telah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyatakan sokongan mereka terhadap penyingkiran menteri besar.
“Kesemua mereka telah mengesahkan SD mengatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Mukhriz,” kata sumber itu pada Ahad.
Daripada 19, 17 adalah dari Umno manakala dua lagi adalah dari MCA.
Antara yang terakhir menandatangani SD berkenaan ialah Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datin Nor Sabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Adun Kota Siputeh,Datuk Hasan Sarif.
Difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu beberapa wakil rakyat Kedah di Langkawi pada Ahad.
Sumber lain berkata halangan akhir bagi kumpulan itu untuk mendapatkan persetujuan daripada istana Kedah.
Beliau berkata majlis angkat sumpah itu akan diadakan setelah pihak istana memberikan persetujuannya.
Beliau berkata Ahmad Bashah adalah calon utama untuk menggantikan Mukhriz namun istana telah meminta agar lebih banyak nama dimasukkan dalam senarai cadangan.
Nama lain yang turut disebut ialah sebagai pengganti untuk Mukhriz termasuk Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar.
…………………………….
Memetik laporan portal Pro-BN Mykmu melaporkan, kesemua Adun BN telah menyatakan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
“Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.
“Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah,” petik kenyataan sumber kepada portal berkenaan.
Kredit: infokini.my
Previous
Next Post »
loading...