Get $25 free
loading...

Peminat Marah Joseph Fiennes 'Jadi' Michael Jackson

..

Pemilihan pelakon kulit putih, Joseph Fiennes, 45, bagi melakonkan watak bintang legenda Amerika Syarikat, Michael Jackson, menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat setia Raja Pop itu.

Reaksi terhadap berita pengambilan pelakon British berkenaan menjadi viral di media sosial dengan majoritinya tidak bersetuju terhadap pemilihan itu.

Bintang Shakespeare in Love itu dipilih sebagai antara teraju utama bagi filem bertajuk Elizabeth, Michael & Marlon, sekitar hujung tahun ini.

Filem rekaan itu mengisahkan beberapa bintang popular seperti Michael Jackson, Elizabeth Taylor dan Marlon Brando berada dalam perjalanan dari New York ke Los Angeles selepas insiden serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2011.

"Saya begitu teruja apabila ditawarkan untuk menjadi Michael Jackson. Tanggungjawab yang diberikan tidak boleh dipandang remeh kerana biarpun termasuk dalam genre komedi, namun saya melakonkan watak bintang legenda.

"Filem itu berkisar pada tiga bintang popular yang terperangkap kerana sistem pengangkutan udara di New York tergendala akibat insiden mengerikan pada 11 September 2011.

"Mereka akhirnya bersetuju menyewa kenderaan untuk pulang ke Los Angeles, namun terpaksa berhenti beberapa kali di Burger King bagi memenuhi permintaan Marlon," katanya kepada The Daily Beast.

Fiennes bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan isu warna kulit dan memilih untuk menunaikan amanah yang diberikan kepadanya sebaik mungkin.

Selain dirinya, turut berlakon dalam naskhah terbabit ialah Stockard Channing sebagai Liz dan Brian Cox (Brando).

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...