Get $25 free
loading...

NORA DANISH TERUJA DIPILIH JADI DUTA OPPO F1 KHAS BUAT KAKI SELFIE


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Nora Danish yang sememangnya kaki selfie memang sah anda tergolong dalam orang yang ketinggalan zaman, hiks!

Gambar selfie sahaja mencecah angka ribuan, kalau korang tak percaya boleh lihat sendiri menerusi laman Instagram milik Nora Danish.

Mungkin kerana sinonim dengan kaki selfie membuatkan beliau diambil menjadi duta OPPO F1 khas untuk kaki selfie.


Nora Danish Teruja Dipilih Jadi Duta OPPO F1 Khas Untuk Kaki Selfie!
Terbaru, OPPO Electronic bakal muncul dengan peranti baru OPPO F1 yang memang direka khas untuk kaki selfie dan mereka yang inginkan kualiti selfie paling canggih dari sebuah telefon pintar.
Memang tidak perlu bimbang kerana OPPO F1 hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel yang membawakan apperture f/2.0 selain turut dilengkapi sokongan perisian Beautify 3.0 yang akan mencantikkan lagi selfie anda.
Nora Danish Teruja Dipilih Jadi Duta OPPO F1 Khas Untuk Kaki Selfie!
Lihat sahaja betapa cantiknya Nora Danish dalam gambar di bawah yang diambil dengan kamera hadapan OPPO F1.
Nora Danish dalam pada itu melahirkan rasa teruja kerana dipilih menjadi duta OPPO F1.
“Saya rasa bangga apabila dilantik menjadi jurucakap OPPO F1 yang saya kira sebagai peranti selfie yang canggih. Ianya memang senjata rahsia saya dalam selfie setiap hari kini,” ujar Nora Danish. Lihat aksi ratu selfie ini di bawah.
Untuk pengetahuan, OPPO F1 akan memulakan jualan pada 22 Januari dan untuk 200 unit pertama yang dibeli melalui Oppo Online Store, anda akan menerima OPPO Exclusive Selfie Stick.
OPPO F1 akan mula dijual dengan harga RM1198.00 sahaja, memang terbaik!
Nora Danish Teruja Dipilih Jadi Duta OPPO F1 Khas Untuk Kaki Selfie!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang OPPO F1, boleh layari laman web rasmi mereka di www.oppo.com/my, mahu beli terus pun boleh.
Kredit: Rotikaya
Previous
Next Post »
loading...