Get $25 free
loading...

MALAYSIA MUNGKIN BAKAL DIBOM, PENGGANAS UGUT BALAS DENDAM


Satu rakaman video bertajuk ‘Mesej Awam Kepada Malaysia’ dihantar kepada rakyat Malaysia oleh wakil militan Negara Islam (IS) bertujuan mengugut sistem berkuasa di atas usaha mereka memerangi kumpulan itu.
Dalam rakaman yang diucapkan menggunakan Bahasa Malaysia itu, unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahli-ahlinya, lapor The Star.
“Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkatkan bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami…kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.
“Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.
“Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah,” petik kata wakil IS dalam rakaman itu.
IS Malaysia Ditangkap.jpg
Selain itu, dalam satu lagi video berasingan, juga dipercayai militan Katibah menyeru agar ‘saudara’ Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.
Mereka juga menggesa rakan mereka daripada Al-Shabaab agar menyertai IS dan jihad mereka.
Rakaman yang berdurasi sekitar satu minit itu juga disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
Bagaimanapun, video itu mendedahkan identiti jurucakapnya, seorang ahli Katibah, Abdul Halid Dari yang menggesa mereka untuk mengikrarkan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi dan menyertai perjuangan “sebenar” di Syria sambil diperhatikan seorang lagi rakan militan, Mohd Nizam Arifin.
Abdul Halid juga menyebut mengenai ajaran Nabi Muhammad saw bagi meyakinkan pejuang di Somalia untuk menyertai IS.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin menyifatkan kumpulan Katibah sebagai kurang ajar ekoran ancaman dan cabarannya terhadap kerajaan Malaysia.
“Ia juga membuktikan bahawa IS, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.
“Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka,” katanya lagi kepada The Star.
Berikutan itu, bahagian anti pengganas dilapor akan lebih berhati-hati dengan amaran tersebut bagi mengelak sebarang serangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Merujuk kepada video yang ditujukan kepada Somalia pula, Ayob Khan berkata walaupun ia mempunyai sarikata dalam bahasa Arab, hakikatnya ialah Abdul Halid bercakap dalam bahasa Melayu dan beliau mengesyaki terdapat juga rakyat Malaysia yang menganggotai Al-Shabaab.
“Ini adalah satu perkembangan baru yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas,” katanya.
Previous
Next Post »
loading...