Get $25 free
loading...

Lee Kwang Soo Aktor Terkaya Korea

..

Perwatakannya sentiasa lucu. Kerap menjadi mangsa buli teman-teman terutama setiap kali muncul dalam program televisyen. Sementelah dia punya ramai peminat bukan saja di Korea bahkan serata dunia.

Terkini, hos program popular, Running Man, ini dinobatkan sebagai pelakon Korea terkaya sekaligus menidakkan kedudukan pesaingnya iaitu pelakon Kim Soo Hyun.

'The List 2016' baru-baru ini telah mendedahkan senarai jutawan dalam industri hiburan Korea Selatan.

Senarai kali ini membariskan lapan bintang yang meraih pendapatan tertinggi dan layak disebut "chaebol" (dalam istilah Korea bermaksud paling kaya @ jutawan)

Di antara para aktor yang ada di senaraikan ialah pelakon juga pengacara Lee Kwang Soo berada di kedudukan pertama diikuti pelakon muda yang semakin meraih populariti, Kim Soo Hyun.

Kwang Soo, ketika di awal-awal pembabitannya dalam iklan komersial atau sebagai duta produk, dia hanya di bayar sebanyak 800,000 won (lebih kurang RM2900). Namun selepas lima tahun meraih populariti menerusi Running Man, pendapatannya meningkat 200 juta won (lebih RM700,000) untuk satu iklan komersial.

Pelakon berusia 30 tahun ini juga sentiasa menjadi rebutan produser program-program berbahasa Cina. Dengan hanya membuat sekali saja penampilan di dalam program berbahasa Cina, dia di bayar sekurang-kurangnya antara 50 juta won hingga 100 juta won (kira-kira RM18,000 hingga RM400,000). Sementara untuk muncul di dalam iklan komersial dia menerima bayaran sebanyak 400 juta won (lebih kurang RM1.4 juta).

Dengan pendapatannya sebanyak itu, Kwang Soo secara automatik layak digelar Chaebol di kalangan artis.

Lee Kwang Soo mula menceburi industi seni Korea paada tahun 2007 sebagai model. Setahun kemudian dia mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan popular menerusi sitkom 'High Kick Through the Roof'.

Sejak menjadi hos Running 'Running Man', Kwang Soo mula dikenali dengan gelaran 'Prince of Asia'.

- mD

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...