Get $25 free
loading...

KKM SAHKAN SATU PRODUK KELUARAN VIDA BEAUTY MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL


Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini melalui satu kenyataan medianya telah menasihatkan pengguna supaya mengelak menggunakan satu produk keluaran Vida Beauty yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri/Raksa.

Menurut KKM, produk yang dikenalpasti berkenaan yang terjejas merkuri ialah QU Puteh Whitening Pro 9 bernombor notifikasi NOT151106644K.

Oleh itu orang ramai tidak dibenarkan menggunakan produk berkenaan dan juga produk tersebut tidak lagi dibenarkan jualannya di Malaysia.

BACA:BRUNEI HARAMKAN PENJUALAN PRODUK QU PUTEH
Menurut KKM, mereka melalui Biro pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan daripada pengguna yang dikatakan mengalamo tinnitus(bingit@bengang telinga) dan keguguran rambut selepas menggunakan produk berkenaan.

Hasil maklumat berkenaan, BPFK telah membuat persampelan dan menguji di mana didapati QU Puteh Whitening Pro 9 mengandungi Merkuri.

Berikut adalah kenyataan penuh KKM




Previous
Next Post »
loading...