Get $25 free
loading...

KJ Tersenarai Top 5 Bintang Online Meletop AME 2016

..

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang bakal berlangsung pada 28 Februari depan.

Memetik laporan mStar online, Khairy tercalon menerusi kategori Bintang Online MeleTOP bersama empat pencalonan lain iaitu Zizan Razak, Emma Maembong, Datuk Siti Nurhaliza dan Shaheizy Sam.

Sementara itu, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza masih membuktikan dirinya relevan apabila tercalon dalam empat kategori iaitu Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Lagu MeleTOP (Terbaik Bagimu) dan Bintang Online MeleTOP.

Siti sekaligus mendominasi pencalonan anugerah tersebut pada tahun ini.

Pelakon Ayda Jebat pula mengikut rapat senarai pencalonan AME 2016 dengan tiga pencalonan termasuk Pelakon MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi Siapa Diriku.

Drama lakonan Ayda bersama aktor Zul Ariffin, M.A.I.D turut tercalon menerusi kategori Drama MeleTOP.

Antara drama lain yang turut tercalon dalam kategori sama adalah Tuan Anas Mikael, Cik Bunga Encik Sombong, Isteri Separuh Masa dan Isteriku Bukan Tukang Masak.

Nama besar lain yang turut mendominasi pencalonan pada tahun ini termasuk Zizan Razak, Nabil Ahmad, Emma Maembong, Johan, Shaheizy Sam dan Syamel AF 2015.

Seperti tahun sebelumnya, sebanyak 16 kategori dipertandingkan yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV & Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio dan tiga kategori muzik.

Edisi tahun ini juga menyaksikan muka baharu turut tercalon seperti Zahirah Macwilson, Mark Adam, Azrel Ismail, Syamel AF, Hafreez Adam, Ezad Lazim dan Mira Filzah.

AME 2016 bakal dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Neelofa.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Anugerah MeleTOP Era (AME) 2016:

DRAMA MELETOP

1. M.A.I.D
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak


ARTIS LAWAK MELETOP

1. Johan
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam


HOS MELETOP

1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Dato AC Mizal
5. Fara Fauzana


PELAKON MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Zara Zya
3. Emma Maembong
4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin


PROGRAM MELETOP

1. Gegar Vaganza 2015
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015


LAGU MELETOP

1. Ayda Jebat - Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel AF - Hidup Dalam Mati
4. Dato’ Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati


PENYANYI MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim


GRUP/DUO MELETOP

1. Akim & The Majistret
2. Cakra Khan feat Dato’ Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir


PENYAMPAI RADIO MELETOP

1. Johan
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray


PROGRAM RADIO MELETOP

1. JoHaRa Pagi Era
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi


FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby


BINTANG FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby


FESYEN MELETOP

1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Dato’ AC Mizal
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad


ARTIS BAHARU MELETOP

1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson


BINTANG ONLINE MELETOP

1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Dato’ Siti Nurhaliza
4. YB Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam


COUPLE MELETOP

1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Johan & Ozzlyn
3. Nabil Ahmad & Zira
4. Lisa Surihani & Yusry

5. Yana Samsudin & Fadzil Zahari

 

 

Previous
Next Post »
loading...