Get $25 free
loading...

Ella Naik Helikopter ke Stadium Malawati

..

Ratu Rock negara, Ella, akan menaiki helikopter ke konsertnya yang akan berlangsung pada 16 April depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Memetik laporan BH online, kemunculannya itu sebagai gimik pembukaan konsert sempena 30 tahun dia bertapak dalam industri seni tanah air.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Gemilang ini, gimik  tersebut seakan mengimbas kembali nostalgia ketika menjayakan persembahan mega di bandar raya sama sekembali daripada Amerika Syarikat sekitar pertengahan 1990-an.

"Ia bukanlah kali pertama saya tiba di lokasi persembahan dengan menaiki helikopter kerana 20 tahun lalu, saya melakukan perkara sama ketika promosi album, Ella USA.

"Memori manis ini bakal berulang sekali gus saya berharap Konsert Ella 2016 di stadium yang boleh memuatkan 10,000 penonton itu dapat berlangsung dengan sempurna," katanya.

Konsert anjuran Atlas One Events yang diadakan serentak dengan usia 30 tahun pembabitan Ella dalam dunia seni itu bakal membariskan lagu nyanyiannya sejak zaman Ella & The Boys hinggalah yang terbaharu, Istimewah.

Mengenai penjualan tiket berharga RM78 hingga RM288, katanya, sambutan cukup memberangsangkan apabila sebanyak 2,000 tempat duduk dibeli dalam tempoh seminggu tempahan dalam talian dibuka.

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...