Get $25 free
loading...

CARA ORANG KOREA BUAT DUIT DENGAN CEPAT & MUDAH

Cara Orang Korea Buat Duit.jpg
Zaman sekarang cukup senang buat duit, bermacam cara sebenarnya boleh dilakukan untuk buat duit. Orang yang bijak dan rajin sentiasa berusaha untuk buat duit dengan caranya yang tersendiri. Banyak cara sebenarnya boleh dilakukan untuk buat duit, sambil makan pun boleh menjana pendapatan.
4.jpg
Di Korea Selatan, trend Muk-Bang atau Mukbang ini telah bermula sekitar tahun 2000. Mukbang merupakan salah satu saluran hiburan di mana anda hanya akan menonton individu lain makan.
Individu yang anda saksikan tersebut menggelarkan diri mereka Broadcast Jockey atau BJ. BJ akan makan dalam kuantiti yang banyak. BJ juga dalam masa yang sama mencari pendapatan melalui Mukbang, part time atau full time.
1.jpg
Kebanyakkan mereka yang yang melakukan perkara ini diangkat sebagai selebriti di kalangan peminat. Internet yang laju di Korea juga turut menyumbang pertambahan bilangan penonton Mukbang.
Jika anda menjadi BJ, lebih meriah anda makan, lebih ramai orang akan mengenali dan meminati anda. Mukbang menyediakan platform seperti chat untuk BJ dan peminat berkomunikasi.
2.jpg
Melalui chat tersebut, peminat boleh memberikan token berupa belon yang kemudiannya boleh ditukarkan ke dalam bentuk wang tunai. Wang tersebut akan digunakan semula untuk membeli makanan dan juga sebagai gaji BJ.
Malah ada juga yang turut menerima tajaan makanan daripada penaja. Untuk menjadi BJ, anda perlu makan dalam kuantiti yang sangat banyak.
3.jpg
Syarikat yang membantu menaikkan trend ini ialah AfreecaTV. Jika anda menjadi terkenal, pendapatan anda sebulan mampu mencecah RM40,OOO sebulan (tidak termasuk nilai tajaan).
Previous
Next Post »
loading...