Get $25 free
loading...

Amran Tompel Kini Terlantar Akibat Angin Ahmar

..

Pelakon Amran Tompel dilaporkan terlantar sakit akibat angin ahmar sejak Disember tahun lalu.

Dia kini tidak mampu untuk bekerja dan hilang punca pendapatan akibat penyakit itu dan kini hanya duduk di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi, berkata, anak Amran ada menghubungi Seniman memberitahu keadaan kesihatan bapanya yang ketika itu dirawat di hospital.

"Seniman tidak menunggu lama kerana terus menghantar wakil untuk melawat. Bantuan yang diberikan bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi,"

"Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad (Zack KOOL) sudah melawat Amran ketika dia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini dan ada menghulurkan bantuan.

“Saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain dan mewakilkan dia menziarahi Amran bagi pihak kami,” katanya seperti yang dipetik sumber Harian Metro.

Previous
Next Post »
loading...