Get $25 free
loading...

AKIM & THE MAJISTRET DINOBAT JUARA AJL 30


Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Potret nyanyian kumpulan Akim & The Majistret telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Manakala Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.
Manakala bagi anugerah persembahan vokal terbaik , penyanyi Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dan Anugerah persembahan terbaik pula sekali lagi dimenangi oleh Akim & The Majistret menerusi lagu Potret.
Sempena Ulang tahun ke-30 AJL, pihak TV3 telah memperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang telah dimenangi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu berhantunya “Cindai”. Anugerah ini diberikan kepada juara lagu yang mempunyai undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang AJL 30.
Kredit: Rotikaya
Previous
Next Post »
loading...