Get $25 free
loading...

9 RAHSIA LELAKI YANG PEREMPUAN HARUS KETAHUI


Ramai wanita di luar sana yang sangka mereka sudah ‘mengenal’ lelaki yang berada di samping mereka.  Namun ada banyak rahsia lelaki yang wanita harus tahu, yang sememangnya mereka masih belum tahu.

1.  Nak ‘awek’ cantik, tapi mahukan isteri yang solehah

Di mana-mana pun kita perhatikan lelaki mahukan teman wanita yang cantik, seksi dan menghairahkan untuk berkawan tetapi itu bukan pilihan utama jika mereka ingin memilih calon isteri.  Rata-rata lelaki akan mengutamakan wanita yang solehah jika ingin dijadikan isteri, kerana wanita ini yang akan menyambungkan dan mendidik zuriat mereka.

2. Suka tanya soalan yang sama

Nampak macam pelik tapi lelaki akan suka tanya ‘tengah buat apa tu?’, dah makan ke?’ setiap kali menghubungi seseorang wanita.  Dalam masa bercinta lelaki akan sanggup berbual berjam-jam dengan teman wanita, tapi bila sudah berkahwin belum tentu mereka ‘mampu’ buat begitu.

3. Lelaki masih ingatkan kekasih atau isteri walaupun sibuk berkerja

Walau sesibuk manapun dengan kerjaya mereka, yakinlah lelaki pasti akan selalu memikirkan wanita yang mereka cintai.  Walaupun tidur sebantal, lelaki akan sering terjaga di tengah malam sambil memerhatikan insan yang mereka sayangi dan memikirkan tentang keselamatannya.

4. Kekasih, Isteri dan anak-anak lebih utama dari diri sendiri

Jika sudah sayang, lelaki akan mengutamakan wanita yang disayangi lebih dari diri sendiri.  Segala kelemahan dan kekurangan wanita yang disayangi akan ‘dilupakan’.  Keutamaan diri tidak penting asalkan isteri dan anak-anak mendapat yang terbaik.  Sering lelaki mengabaikan membeli kelengkapan diri seperti pakaian dan kasut dan lebih mengutamakan keperluan si isteri dan anak-anak.

5. ‘Lemah’ atau ‘Lentuk’ dengan senyuman wanita

Lelaki akan ‘habis hati’ jika wanita melemparkan senyuman, lebih-lebih lagi jika wanita itu tidak dikenali. Dengan hanya sebuah senyuman hati lelaki akan menjadi ‘cair’ menjadikannya hilang pedoman.  Senyuman yang ikhlas dari seorang wanita akan dapat ‘menangkap’ hati lelaki.  Cubalah….

6. Lelaki Curang Akan “Hide’ Nombor Perempuan Lain Dengan Nama Lelaki

Teknik licik ini banyak digunakan oleh lelaki curang, bukan itu saja mereka juga anak sentiasa ‘lock’ telefon bimbit untuk mengelakkan dari dikesan.

7. Tak suka pada kisah masa lalu

Lelaki mana yang suka mendengar kisah lampau teman wanita mereka, lebih-lebih lagi mengenai bekas kekasih hati.  Lelaki akan rasa tercabar dan tergugat dengan kelebihan bekas teman lelaki kekasihnya.

8. Mencintai Wanita Dalam Satu Masa

Lelaki mampu mencintai wanita dalam satu waktu.  Dia boleh saja mencintai wanita A dan dalam masa yang sama menyintai wanita B, C dan D.  Berhati-hatilah….  Namun bukan semua lelaki yang begitu.  Anda sendiri dapat kenal ‘kerektor’ mereka yang banyak alasan bila membuat temujanji.

9. Serius!  Ini lelaki yang anda cari

Lelaki yang serius mencintai wanita akan bersdia pada bila-bila masa bertemu dengan ibubapa teman wanitanya. Lelaki yang tidak serius sering kali akan berikan berbagai alasan jika diminta bertemu dengan ibubapa kekasihnya. Jika ia telah bersedia, jangan pula anda yang bertangguh-tangguh.
Kita semua faham hidup, mati, rezeki dan jodoh adalah di tangan Tuhan.  Namun kita perlu ada ilmu yang betul untuk pikat lelaki dengan penuh berseni supaya tidaklah nampak seperti perigi mencari timba. - SEMPOI
Previous
Next Post »
loading...