Get $25 free
loading...

3 MAUT BMW REMPUH 6 PEJALAN KAKI



Kuala Lumpur: BMW yang merempuh enam pejalan kaki dan dikatakan menyebabkan tiga daripadanya maut, ditemui ditinggalkan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), kira-kira 1 petang ini.

Pemandu kenderaan berkenaan dikatakan sudah dikenalpasti sebagai Seng Guan Chuan, 20-an, yang bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Ketua Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata BMW terbabit milik seorang perempuan berumur 51 tahun dari Jelutong, Pulau Pinang.

Pemandu Tinggalkan BMW Tepi Jalan

"Wanita berkenaan mengaku kereta miliknya itu digunakan oleh anak lelaki di Kuala Lumpur.

"Polis minta Guan Chuan hadir ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan dan saksi kejadian juga diminta tampil untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Pada kejadian awal pagi ini, tiga terbunuh termasuk wanita manakala tiga parah dirempuh BMW terbabit dalam kejadian di Jalan Sungai Besi.

Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 15 penganut Hindu yang berjalan dari Senawang untuk ke Batu Caves sempena Thaipusam apabila kemalangan pada 7.30 pagi.

Ahli rombongan, Bala Velusamy, 30-an berkata, ketika mereka sampai di lokasi kejadian, terdapat kereta datang dari arah bertentangan yang tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh enam rakannya.

Katanya, dia dan beberapa lagi rakan sempat mengelak daripada dilanggar dan kereta terbabit kemudiannya terus melarikan diri.
Previous
Next Post »
loading...